topbella

Monday, February 28, 2011

hakikat hidup kita.


salam..
sayang kasihanda,
mengapa ruhku bersedih..
mengapa airmata ruhi mengalir..
apa yang masih kamu tidak redha..
apa yang membuatkan kamu susah.
pasrahlah segala.

wahai ruhi..
redhalah segala takdir Allah,
izinkan bulan itu menghilang,
kerana fasanya sudah mejelang.
serahkan saja pada Allah,
kerana Dia pencipta bulan.
lebih penyayang.

wahai ruhi...
usah mengejar mimpi,
itu semua fatamorgana duniawi.
realitikan lebih bermakna
jika kamu redha..
cintai Allah sesungguhnya,
itu hakikat hidup kita.

~salam kasih sayang.
28022011
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, February 18, 2011

Jangan kau marah...



sesekali aku memandangmu...sesekali aku melihat bahagiamu
jika kamu bahagia di sana...itulah jua bahagiaku...
semoga selamat selalu bulanku...itu jua anugerah kasih sayang Tuhanku.

................................................................

jangan marah...
andai bulan tidak mahu berkata-kata.

jangan marah...
andai bulan tidak mahu memahami anda,

jangan marah...
andai bulan tidak pernah menghargai anda.

jangan marah...
andai bulan tidak pernah mahu merasa,

jangan marah...
andai bulan tidak mahu muncul jika bukan masa.

jangan marah...
bulan itu bukan manusia dan tiada perikemanusiaan.

jangan marah...
andai kamu hanya boleh memandangnya,

jangan marah...
andai kamu tidak bisa memilikinya.

syukurlah...
andai sesekali cahayanya menerangi maya,

syukurlah...
kerana ia jua takdir hidupmu yang terindah.

~salam kasih sayang.
019022011
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, February 17, 2011

Salam maulidul rasul


Seringkah...
kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya HATI NABI kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi.

Kenapa kita,
mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila apa yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila kita dinasihati,

Ayuh kita...
kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi diri dan peribadi.
kerana qudwah hasanah itulah nabi kita.
kerana itulah sifat hamba Allah yang mulia,
Al Quran itu petunjuk Allah,
jadikan Al Quran panduan hidup kita,
jadikan semangat Rasulullah sebagai ikutan kita.
semoga berkat hidup kita.

salam maulidur rasul.

~salam kasih sayang.
.................................
nota:
Selawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w, ke atas keluarga baginda, kepada sahabat-sahabat baginda...sesungguhnya cintai Allah dan rasulNya adalah cinta sejati. Hidupkanlah dan suburkanlah di hati kami. amin

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, February 13, 2011

Gantung kasih


Cinta....
di luar musim,
sungguh manis lagi indah..
datangmu tak pernah ku pinta,
pergimu tak mungkin ku tegah,
hadirmu suatu anugerah,
mengisi kosong jiwa,
menyeri dunia hamba.

Cinta...
di luar musim,
sekadar menguji iman kita,
apakah ia teguh atau goyah,
berbahagialah hamba yang bertakwa,
yang sentiasa dalam petunjuk Allah,
al quran sebagai temannya,
sabar sebagai amalannya.

Cinta...
di luar musim,
bukankah Allah berfirman,
adakah kita mengaku sudah beriman,
sedang kita belum diuji keimanan.
dunia ini hanyalah gambaran-gambaran
sedang akhirat itu hakikat kehidupan,
di sana menanti ganjaran.

Cinta...
di luar musim,
takdir Allah itu cantik,
perencanaan Allah itu yang terjadi,
Allah tahu apa yang terbaik,
bukankah kita ini lemah,
Allah memanggil dengan kasih sayangNya,
syukurlah kita kepada Allah.

Cinta...
di luar musim,
segalanya ada hikmah,
usah bimbang kasih berkurang,
lihatlah rahmat Allah kepada alam,
semua makhluk hidup dan makan.
hari baru sentiasa bertandang,
subhanallah padamu kami gantungkan.

~salam kasih sayang.
13022011
.......................................................

sekadar membicarakan tentang kehadiran cinta kasih ...andai cinta datang di luar musim. Sungguh jika buah durian ada di luar musimnya. Betapa mahal sekali harganya, dan sukar dicari pula...terutama bagi yang mengidam dapat seulaspun jadilah. begitulah cinta kalau datang di luar kebiasaannya (musimnya) mungkin ia suatu yang terindah dan amat membahagiakan..namun harus di ingat kita jangan melatah, lupa diri dan dunia nyata, segalanya adalah ujian dan cubaan belaka, kerana janji Allah benar. Ujian yang Allah beri sekadar kesanggupan hambanya, dan sekadar menguji sejauhmana ketakwaan kita kepada Allah. Jadikan Al quran sebagai pedoman juga teman hidup, insyaAllah barang siapa bersama al Quran bermaksud dia sentiasa dalam petunjuk Allah..insyaAllah dia akan selamat. Barangsiapa jauh dari Al Quran bermaksud dia jauh daripada petunjuk Allah, maka berhati-hatilah agar tidak sesat kerana diri buta sebelah hanya dunia bersamanya...

"YA BERHATI-HATILAH DENGAN DUNIA, HALALNYA AKAN DIHISAB SEDANG YANG HARAMNYA AKAN DIAZAB."

~sekadar peringatan kasih sayang.
....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, February 10, 2011

dambaan kasih


Ya Allah,
Engkau maha mengetahui
kesedihanku ini...
aku tak berdaya membuangnya.

Apakah...
Tuhan yang memegang nyawaku,
Tuhan yang menciptakan aku dari tiada kepada ada,
tidak mampu melekatkan kasih sayangnya itu,
atau memberikan cinta kasihnya kepadaku?
atau meleraikan kesedihan hamba,
atau menenangkan jiwaku yang meronta?

Sungguh amat mudah bagi Tuhanku,
Dia menjaga segala yang ada di langit dan bumi,
tanpa rasa susah payah.
Aku serahkan dia
padaMu wahai Allah,
sungguh jika Engkau yang menjaganya,
aku tidak pernah kehilangan sebenarnya.
aku percaya...
janji Allah itu benar...
Allah tidak pernah menipu hamba-hambaNya.

Tetapi..
mengapa Allah tidak memakbulkan permintaanku,
mengapa aku masih tenggelam dalam derita,
mengapa aku masih terbelenggu sekian lama,
sungguh Dia mahu menguji aku,
sungguh Dia mahu menduga keimananku.
Allah memanggil aku...
Allah ingin aku dekat denganNya

Wahai ruhi...
perencanaan Allah itu hebat...
perencanaan Allah yang akan berlaku di dunia.
Allah tahu apa yang ada dilubuk hatimu,
Allah tahu apa yang terbaik buatmu.

Tatkala hati kamu resah,
airmata mengalir tanpa dipinta.
sungguh hati itu raja.
Tatkala raja bersedih,
semua anggota badan turut merasa,
tiada lagi dunia di hati dan di mata,
manusia akan kembali kepada fitrahnya,
hanya untuk rukuq dan sujud,
bergantung harap pada Allah semata-mata.

Lalu...
ruh kembali kepada Tuhannya,
kamu akan merasa tenang di dalamnya,
rukuqlah dan bersujudlah
tenggelamlah dalam zikrullah,
lenalah mimpilah syurga Allah.

Itulah hikmah,
dambaan para hamba salihin dan solehah
untuk sentiasa dalam rahmat
dan keampunan Allah.

~salam kasih sayang
10022011
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Rembulan itu...


Tidakkah kau tahu,
rembulan itu satu,
datang untuk menerangi alam,
ia milik Tuhan.

Tidakkah kau sedar,
kamu itu insan,
amat berbeza dengan rembulan,
kamu ada matlamat dan perjuangan.

Tidakkah kau insaf,
segala cerita ambillah pengajaran,
agar tidak tersasar lagi,
menuju jalan pulang.

~salam kasih sayang.
10022010
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Assalamu'alaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

ٍ

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, February 5, 2011

Selamat tinggal kasih

Salam kasih sayang...

Hari ini...
susah sangat nak tidur...tadi hujan mencurah2..tah kenapa mata pula berat nak lelap..kerana hati itu raja..mungkin hati itu tidak tenang agaknya...hehehe..mungkin hati itu kurang mengingati Allah, kurang berzikir pada Allah, mungkin dengan ia susah, dengan cubaan demi cubaan lebih mendekatkan ruhi kepada Allah, semoga ruhi sentiasa dalam peliharaan Allah, terimalah daku di sisiMu wahai Allah tuhan sekalian alam...

lalu aku buka komputer..aku cari2 tak tahu apa nak di cari ...lalu aku jalan-jalan, sampailah aku ke blog kasih lama...

Terjumpa ku kata2 ni...suka pulak membacanya..mungkin ini kenangan lama, yang masih terlekat di minda...dan ia telah menjadi lukisan di jiwa...Ya, terpapar lekat di dinding maya tak mampu ku tanggalkan kerana paswordnya telah ku lupa sementara blogdrie pun tak nak membantu hamba untuk mereset pasword baru dah...Namun andai ia berfaedah kekalkanlah ya Allah..andai ia bukan dalam redhaMu ya Allah, izinkan hamba untuk membuangnya, hilangkanlah ia di pesada maya...insyaAllah.
aku titipkan kata2 manis itu..di sini..sekadar halua mata hamba..

Salamku yang terakhir buatmu sayang...

As'kum, terima kasih kerana sudi bertandang lagi di pondok itu. Melihat saja namamu hatiku teramat gembira….!! ya…moga kegembiraan itu masih kau miliki ia..
Meskipun begitu….izinkanku sayang mengundur diri saja dari pencarian ini, kerana siapalah aku untuk menggapai bulan di sana, sedang aku tidak mampu menyediakan segala…tangan dan jari-jemari ini serasanya tidak mampu lagi..memanggilmu..siapalah aku..untuk berada di sisimu..siapalah aku untuk berada di dalam hatimu..siapalah aku dipinggir keegoanmu itu…aku sedari siapa diriku..betul kata2 kamu..tu..manusia….cakap lain tp buatnye lain, hanya diri yg tau apa yg tersirat di hati, apa maksud yang tersurat dan tersirat tu…

Ye..saya sambut salam dari seberang..untuk ku bawa dalam mimpi dan ku dakapi keikhlasan dan kejujurannya, kerana salam dari Kelantan…sungguh menyayat hati..ku akan tinggalkan taman tintaku itu bersama epilog silammu..tapi aku akan singgah sekali-sekala jika ku punya waktu..
ku doakan kamu bahagia dan dalam ketenangan selalu..Salam sayang dari utara di angin lalu untukmu. .

Ruhi akan tetap mengingati kamu..sehingga akhir hayatnya….!!
Wassalamualaikum..wm wb.

Tinta Ruhi'05

koleksi dari puncak kasih sayang:
http://ruhi.blogdrive.com/archive/cm-2_cy-2011_m-2_d-3_y-2011_o-20.html

ya..kenangan itu cantik... lagi indah.

tinta semalam telah berlalu... cuma yang ada hari ini...pergunakanlah hari ini dengan sebaiknya untuk mengingati Allah, (tiap detik untuk mengingati Allah itu amat bermakna dan berharga di akhirat sana) kerana esuk belum tentu lagi apakah kita masih sempat untuk berada di dalamnya..
andai kita tidak berjumpa lagi..ingatlah aku dalam doamu, aku akan mengingati kamu dalam doaku... titipkan doa kasih sayang itu selalu..insyaAllah. Semoga kehidupan kita Allah berkati selalu...amin.

~salamkasih sayang.
04022011

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Bimbinglah kasih..


Ya Allah
jangan aku mengharap sesuatu,
yang bukan aku punya,
relalah aku melepaskannya.

Ya Allah,
jangan aku meminta sesuatu,
yang bukan hak hamba,
relakah aku memberikannya.

Ya Allah,
jangan aku menginginkan sesuatu,
yang ia sudah tiada,
relakanlah aku kehilangannya.

Ya Allah,
sungguh Engkau maha mengetahui,
sedang aku tidak mengetahuinya,
bimbinglah aku ke jalan benar.

Ya Allah,
milikMu segala yang ada,
apa yang di langit dan di bumi,
Engkau tidak susah mengurusinya.

Maha suci Engkau,
Tuhan yang maha bijaksana,
padaMulah kami sembah dan meminta.
peliharalah kami semua.

Amin ya rabbal alamin.
~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

hargai kasih..


ya Allah,
Engkau telah memberikan aku,
sekeping hati,
jadikanlah aku hamba yang pengasih.

ya Allah,
Engkau telah memberikan aku,
cinta kasih sayang ini
jadikanlah aku hamba yang mensyukuri.

ya Allah,
Engkau telah memberikan aku,
seorang suami,
jadikanlah aku hamba yang menghargai.

~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN