topbella

Tuesday, March 31, 2009

Rindu Cinta Kasih

dalam tenang..
ada gelora yang terendam,

dalam resah..
ada tenang yang bercahaya,

dalam diam..
ada bara yang tak terpadam,

dalam nyata...
ada benda yang menjadi rahsia,

dalam rahsia...
tiada siapa yang tahu hakikatnya,

dalam redha...
aku pasrah ketentuan Allah

dalam sujud,
aku temui rindu cinta kasih Allah.


~kasih sayang~
dari puncak kasih nan jauh.
...................................
nota kasih:
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Berita bahagia..

Sore ini aku dapat berita bahagia...

~ Normi: Hari Khamis ni x ada kelas Prof. Najib. Itu saja yang saya dapat tlg memberi lebih masa kepada rakan2 untuk siapkan proposal. Kelas akan dimaklumkan tarikhnya kemudian.
* Aku : Ya terima kasih. Semoga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan untukmu atas berita baik ini. amin.

~ Tn Hj Izam : Assalamualaikum. Pesan Tok Penghulu- kuliah prof Najib. Khamis ni... BATAL...!
* Aku: Ya Terima kasih..selamat ya...!!

~ Rahman: "Hari khamis ni x ada kelas Prof. Pohon kerjasama semua rakan2 gbk agar sepakat kerana kita ada perjumpaan dengan pengarah. Itu saja yang saya dapat tolong memberi lebih masa kepada rakan2 untuk siapkan proposal. Kelas akan dimaklumkan tarikhnya kemudian. Biar pecah diperut bukan dimulut."
* Aku : ya terima kasih..semoga Allah memberi keberkatan di atas baik budi tuan...amin
~Siti Hajar: "Buat apa? Ti baru rasa nak duduk rehat kat luar tengok garden, tidak...kalut buat assignment Prof Najib. Kelmarin Rahman bagi surat yang kita habaq nak ke uum kat kak tak? nak satu..."
* Aku. : Eemmm....ye la..rasa lega sikit..kalau tidak tak panggung kepala ni..hehehe. Emm..tak da la...kelmarin sibuk2 program tu tak dan nak minta kat dia..ok ya..selamat istirehat..

Sebenarnya sebelum dapat semua mesej tu, aku telah diberitahu oleh shbat baikku bahawa kelas dah tak de...jadi akupun tak la kalut sangat rasa lega dah...hehehe.
Ya...syukurlah kepada Allah taala kerana Allah telah meleraikan satu bebanan...yang tersumbat di kerongkongan...nak telan tak lepas nak luah tak boleh...sesak, penat, letih, risau, resah semak dan sakit....!!!
ya di saat mengantuk di sorongkan bantal, di saat lapar disuakan makanan, disaat rindu bertemu kasih di hujung penantian, disaat mendengar deringan msj orang tersayang...hehehehe...itulah nikmat Allah yang telah datang. Nikmat itu akan dirasai oleh jiwa-jiwa yang mahu bersyukur dan menghargai hidup ini......!!
semoga kita sentiasa bersyukur...agar kita dapat merasai betapa hidup ini adalah anugerah Ilahi...

dari puncak kasih
31032009
....................................

Saturday, March 28, 2009

Salam kasih sayang.

Salam kasih sayang...
di petang yang indah ini bertemankan radio nasyid yang setia..ku rajinkan diri, ku kuatkan jari jemari ini menari lagi..Entah walau tariannya tak seindah mana..tapi tak apalah sekadar meluah rasa yang tersekat dan menyumbat jiwa...

Entah kenapa...kadang-kadang aku jua dibuai arus, rindu dengan angin nyaman menyejukkan badan..
Untuk kali ini, adalah kali keempat aku aku membina blog kasih sayang. Yang pertama dulu yang ku beri nama "ruhid.blogsome.com". Aku sayang blog itu, dan itulah blog yang pertama setelah aku mengenali internet sejak Ogos 2005 dahulu. Di dalamnya penuh dengan bunga kasih yang wangi. Berputik rindu, mekarnya, harumnya sehingga kini tak pernah surut...hai lahai...siapa yang tahu, siapa yang mahu tahu. Namun kerana kewarasan fikiranku aku berperang dan jatuh bangun dalam belenggu. Aku tak salahkan sesiapa, malah aku tidak layak salahkan sesiapa. Semua itu kerana kurangnya ilmu, kerana kejahilanku, kerana kealpaanku. Semua itu adalah pengalaman indah dan corak seni dalam hidupku. Namun sampai masanya ia juga luput dari persada fatamorgananya.

Blog yang ke dua ialah blog "kasihanda.blogspot.com". Di sini tempat kasih singgah dan meluahkan rindu adanya...hehehe. Entah kenapa ribut taupan menghentam pula, hancur punah semua berkuburlah kasihanda yang yang satu. Seterusnya ku bina lagi "blog kasihhikmah" yang sememangnya ku kutip semua hikmahnya dari luar dan dalam. Ku simpan di sana puisi kasihku yang ku susun dan ku gubah sendiri sekadar melukis rasa2 yang singgah di hati, di jiwa dan di mata.

Namun entah kenapa..blog itupun tak betah lama..aku tak berminat untuk membukanya..biarlah ia bertutup rapat dan berkunci. Sememangnya aku tidak menjemput sesiapa yang masuk ke sana... kerana aku sendiri jarang masuk biarlah ia berkubur di situ..entah kenapa ya...kadang2 untuk menjaga hati orang..aku kurbankan kesenangan dan ketenangan diri sendiri. Rasionalkah aku ini??...Aku sememangnya tidak suka besarkan benda2 yang kecil walau ada orang yang suka menggunakan microskop untuk melihat benda2 kecil, tetapi aku tak suka itu...aku lebih suka berbaik-baik tanpa ada permusuhan..aku lebih suka beralah..demi silatulrahim yang dijalinkan...

Kini terasa rugi mengapa ku korbankan blog kasih sayang tak berdosa kerana kepentingan amarahku sedikit cuma. Teringin untukku melihat sebuah blog yang penuh dengan hasil karya seni dari akar umbi...seperti insan yang prihatin menyimpan dan menghargai diri dan karya sendiri..bertahun-tahun posting tersusun rapi, menunjukkan orang itu mempunyai pendirian yang teguh. Oleh itu aku bertekat..insyaAllah aku jua boleh kumpulkan karya seni ini usah kerana benda2 yang kecil kita beremosi maka terkurbanlah cinta kasih...hehehe.Sungguh ilmu, yang diguna dan dimanfaatkan akan mengalir rahmat Allah selamanya walaupun kita sudah di liang lahat...

Lalu..dikesempatan hijrah yang ke 1430 lalu aku sekadar ingin berhijrah dan ingin mengubat hatiku yang masih luka...aku sekadar ingin mencari penawar kasih yang masih ada..sekadar ingin mencari identiti diri yang sebenarnya...aku membina sebuah teratak kasih lagi...walaupun tidak seumpama mahligai rupanya. Teratak kasih sayang...Selamat tinggal kasih sayang..bukan bermaksud meninggalkan kasih sayang...tetapi mengucapkan SELAMAT tinggal, selamatlah dan selamatlah di mana sahaja kasih tinggal...

Entah kadang ...aku pun kurang faham, sesekali pabila kita menjauhi ...kasih sayang tak pernah pergi. Sesekali jika kita membenci...sebenarnya kasih sayang yang suci tak pernah terhakis..hehehe, hai pelik dan pening. Sesekali jika kasih merajuk hati tetapi sebenarnya hati itu teramat menyintai...Begitulah jika hati itu meratapi kesedihan sebanarnya Allah sedang mendidik diri ini..kutiplah hikmah sisipkan di jiwa semuanya itu adalah kekuasaan Allah taala.
Sebenarnya Allah tak pernah melupai kita...Allah memberikan segala permintaan kita. Allah tak pernah tidur makanya Dia tak pernah tidak melihat kita...cuma kita kadang terlena, lalai dan lupa..

Kadang bila pertemuan itu suatu anugerah sementara perpisahan menjadi terlalu susah, kehadiran menjadi suatu khayalan semata-mata, sedang kerinduan meronta-ronta, hakikat realiti terlalu sulit..aku pasrah dan berserah pada Allah...
kadang
..."Kerna dirimu yang dirindu bukan dipilih bukan terpilih tapi demi perjodohan yang telah tertulis..pasrah dan ikhlas jalan terbaik..! "
benarlah seperti kata-kata perindu suatu ketika dulu...

Cuma jika minda bercelaru, hati berprasangka, cepat2kan rasionalkan minda, lembutkan hati banyaknya berzikir kepada Allah taala agar kita tidak ditipudaya oleh syaitannya yang hanya ingin kita rosak dan menderita...

Namun, sejauh ini pengalaman mengajar aku...meredhai apa yang berlaku, menerima kehadiran dan perpisahan, tenang pada hal-hal yang menyedihkan, menitiskan airmata tanpa suara tatkala rindu kasih menjelma, sabar menerima nista dengan bermanis muka..Walau betapa berat hakikatnya..kerana di sana ada diri kasih dan cinta sebenarnya..Allah menjanjikan kejayaan kepada hamba yang sabar dalam kehidupan..

Sungguh Allah...Engkaulah yang lebih mengetahui tentang manusia yang Engkau ciptakan ini, Engkau mengetahui gerak fikiran, perasaan dan tenaga kami ini..Engkau mencipta nyawa kami, Engkau menjadikannya hidup selamanya... Engkau Maha mengetahui baik buruk kepada kami, lalu berikanlah kepada kami yang terbaik dalam hidup ini. Sejahteralah kami kembalikan nanti dalam keadaan yang Engkau redhai...amin.


Aku bersyukur Ya Allah..dengan anugerah perjalanan hidupku begini...
kasih dulu, kini dan selamanya
kerana kasih hadirlah kasih4u, kasih2u, kasihanda, kasihabadi dan kasihhikmah.
"barangkali aku akan mengingatimu selamanya."
alhamdulillah..


~kasih sayang.~
dari puncak kasih yang tenang..

Tuesday, March 17, 2009

Sekadar renungan

Hidup ini suatu anugerah, hidup hanya sekali, matipun hanya sekali,
oleh itu hargailah hidup yang hanya sekali ini...

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat,
tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,
hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Kasih Sayang jua adalah anugerah, cinta kasih jua adalah hidayah
oleh itu hargailah kasih sayang yang ada..
dan mohonlah hidayah Allah semoga mendapat rahmatNya..
Biar apa orang kata, yang baik pun dikata dan yang burukpun dikata jua,
usah membekas di hati dan di mata,
peraturan agama Allah kita jagai, tiada guna hidup ini jika jauh dari redha Ilahi.

Cinta kasih Allah yang kita cari, cukuplah Allah di hati,
cukuplah kepada Allah kita berserah diri..
Doa kasih melembutkan hati, kesejukannya menyiram jiwa.
Oleh itu basah lidahmu dengan doa agar sejahtera hidup anda.
Biar apa orang kata, biarlah tak indah di mata manusia asalkan Allah meredha kita.
Redha Allah yang kita cari, ketenangan yang hakiki kita dambai..

aaaminn
.................................

Friday, March 13, 2009

saat kehilanganmu..

sayang...
mengapa hati berdebar sayu,
apa yang tak kena padamu,
lantunan bicara tulus,
membuat kasih terharu,

sayang...
tiap detik berlalu,
tak pernah terfikir dibenakku,
rentetan cerita begini dan begitu,
selepas noktah itu.

sayang...
terasa benar kehilanganmu,
sayup-sayup rindu memanggilmu,
tak terarah peganganku,
hanya Allah Maha tahu.

sayang...
sambutlah bingkisan,
salam kasih dari kejauhan,
kembalilah sayang dengan tenang,
ke rumahmu dalam hatiku.

sayang...
dalam doa kasih merayu,
dalam sujud kasih tersedu,
dalam tafakkur kasih merenung,
rahmat kasih Allah melimpahimu.

-kasih sayang_
..................

Saturday, March 7, 2009

Stresso

Kerja-kerja ku yang wajib di selesaikan sebelum 24 April 2009

Prof Najib:
1. Buat Proposal Kajian.
2. PPT proposal kajian - pembentangan.
3. Kuiz 2
4. Exam akhir.

Dato' Amir:
1. Rekod praktikum lengkap
2. Rakaman sesi 1
3. Pembentangan
4. Laporan Praktikum

Puan Rosliza:
1. Asignement Kumpulan
2. Pembentangan
3. Kuiz 1
4. Kuiz 2
5. exam akhir

Prof Hamzah
1. Lawatan ke UUM
2. Cenderahati untuk pelajar - 500 orang
3. cetak sijil untuk seminar
4. Seminar di langkawi.

-----------
wahai Allah lapangkan hatiku, tenangkan hatiku, mudahkan urusanku. sesungguhnya Engkaulah yang memudahkan yang mana susah, menerangkan mana2 yang gelap, mempercepatkan mana yang lambat, menguatkan mana yang lemah, menunjukkan mana2 yang buntu, maha memberi petunjuk dan hidayahMu kepada sesiapa yang Engkau mahu..oleh itu berilah petunjuk dan hidayahMu kepada ku dan kepada rakan2ku agar kami berada di dalam redha dan takwa kepadaMu selalu..amin.

Pesanan ikhlas

salam kasih sayang...

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT :-

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA: jaga sedekah setiap hari.

KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.insya'ALLAH..

semoga sayang sejahtera dalam kasih Allah..amin.

-kasih~

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN